SKYTREX LANGKAWI

Assalamualaikum dan hye semua. Kali ni aku nak cerita percutian aku di Langkawi.
Salah satu sebab aku nak pi ke sini ofkos lah disebabkan Langkawi adalah DUNIA COKLAT.
Aku suka sangat-sangat dengan coklat ni. hehehe .



Dan memandangkan juga aku memang suka dengan aktiviti lasak. Honeymoon pun aku nak juga buat aktiviti lasak. Hahaha . Kesah ! Nasib baiklah aku dapat husband yang melayan kerenah aku. So, we decide to go SKYTREX Advanture Langkawi. 



Syarat penting SKYTREX 
  • Berat kurang dari 100kg
  • Ketinggian lebih 1.5m


Kalau dah lulus syarat, hangpa boleh lah try pi. Make sure yang minat aktiviti-aktiviti lasak taw.
Kalau hangpa tak suka, jangan pi. Hehehe... 
Kat sini dia ada 3 halangan yang berbeza iaitu Little Advanture, Eagle Thrill atau  Island Extreme.
Aku terangkan apa halangan dia beserta harga. 


Little Legend Adventure (beginner level)
- Untuk semua jenis umur termasuk kanak-kanak. (actually memang aktiviti ini untuk kanak-kanak)
- Ada 23 halangan (ketinggian 3 hingga 5 meter)
- Harga:
Online : Rm 45.00
Walking: Rm 50.00
Kalau anda peringkat dewasa, tak payah lah pi sini. Tak berbaloi. Sebab pendek sangat halangan dia dan
sangat mudah. 


Eagle Thrill (Tahap Sederhana)
- 29 cabaran (ketinggian 11 meter)
- Jarak trek melebihi 600 meter
- Harga: 
Online: Rm 55.00
Walking: Rm 60.00
- 8 flying fox, 5 cabaran mendatar, 5 cabaran memanjat dan 5 cabaran menurun. 
Bagi aku ni sangat mencabar sebab menguji kekuatan tangan . banyak memanjat berbanding flying fox.
Ramai complain Eagle Thrill halangannya lebih menguji fizikal. So tak enjoy sangat berbanding Island Extreme
more flying fox.  


Island Extreme
- 33 cabaran (ketinggian 15 meter)
- Jarak trek melebihi 700m
- Harga: 
Online: Rm65.00
Walking: Rm70.00


- 15 flying fox, 5 cabaran mendatar, 3 cabaran mendaki dan 3 cabaran menurun 
Aku ambil package ini setelah meneliti review-review yang ada. Haha. ni paling berbaloi dan banyak flying fox.
Part ni paling aku suka. Lepas tu kalau nak add-on pun boleh. Aku ambil gloves je sbb tanak lah tangan terluka.
Selalu pegang tali mesti ada je koyak tangan aku. Errrkkk.
Gloves: Rm10
Mineral water: Rm2
SKYDEAL (water + holder): Rm16
SUPER SKYDEAL (water + holder + gloves) : Rm20
Sijil: Rm5


Aku booking SKYTREX ni secara online . So, datang terus bagi nama. First sekali, dia bagi taklimat
tentang keselamatan, demonstasi dan cara pemakaian alat keselamatan. Kemudian, kami diberi peluang
percubaan beberapa halangan yang mudah . tujuan untuk kita biasakan dengan alat keselamatan. 
And one more thing, instruktor tidak akan tunggu kita di setiap checkpoit. So, kita kenalah handle sendiri.
Mesti ada yang cuak bila baca ni . hehehe. kalau korang ikut je arahan dorang, insyaAllah selamat.


Bagi aku part mencabar bila panjat kayu balak. Tinggi sangat sampai rasa nak give up . hahaha.
Sistur tak larat mugkin disebabkan berat badan yang bertambah? Eh. 

Kalau pergi by group lebih seronok mungkin. Gambar pun lebih banyak. Sebab aku pergi dengan laki aku, beg pulak dia yang bawak. Ermmm . memang gambar aku sikit and gmbar dia pun seketul dua macam tu je kut.





kat sini ala-ala skateboad. kalau skytrex yang lain ada yang basikal. berbeza-beza 
mula-mula memang pendek je . 




No comments: