Island Hoping di Langkawi

Assalamualaikum and hye semua. kali ini aku nak share mengenai aktiviti paling aku tak sabar iaitu Island Hoping. Bercuti di Langkawi ni kitorang booking sendiri without tour guide. So, untuk Island Hoping kitorang beli walk in. Harga dalam Rm35/seorang. Untuk pakej Island Hoping ni bagi aku agak murah. Sampai berkali-kali jugak lah aku tanya laki aku kita ni kene tipu ke? HAHA. Rupenye memang harga murah, tapiiii ada cas tersembunyi di satu tempat ini. Kena terus membaca untuk tahu lebih lanjut.



Memang ramai orang masa ni. and kitorang tengah tunggu nama dipanggil untuk naik ke bot. Kena ingat no bot tu taw. Sebab setiap perhentian pakcik bot aka tinggalkan kita ikut masa yang diorang dah tetapkan. 1 jam Tasik Dayang Bunting, 30 minit di tempat makan helang dan 1 jam di Pantai Basah.

FIRST POINT: TASIK DAYANG BUNTING




Bila dah sampai tu, kitorang kena tanggalkan jaket keselamatan di bot. So, boleh agak lah kat sana kena sewa jaket lain. Tapi, disebabkan aku ambil pakej yang dah siap berbayar jaket keselamatan ni, takdelah aku keluarkan duit lagi. Hehe.

Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting memang kena naik turun tangga, Penat jugak lah, dalam 10 minit kena berjalan. Dengan sekelilingnya banyak gila monyet yang menunggu masa nak sambar makanan korang. So, datang sini janganlah bawak makanan or plasti. Dia nampak je, memang terus sambar.

depa memang ada sediakan kolam untuk kanak-kanak. 

suruh orang putih tangkapkan gambar. senget benget gamba, ni pun aku dah adjust. hahaha


laki aku yang ambilkan gambar. dia tak perasan agaknya belakang aku tu. haha
Aktiviti kat sini korang boleh mandi-manda, berkayak, Boat Padle dan boat solar. Harga sistur memang tak ingat ye. sbb harga berbeza-beza. hehe . untuk mandi-manda tu kalau you alls pandai berenang tak payah lah pakai jaket keselamatan, but yang tak reti berenang macam aku ni kenalah pakai jaket keselamatan. Kedalaman dia lebih 10 meter weyh, jangan berani-berani yang tak reti berenang masuk begitu sahaja without jaket keselamatan. aku yang pakai jaket pun tercungap-cungap nak berenang. haha .

aktiviti yang aku cuba adalah berkayak . serius penat gila berkayak . lenguh tangan aku. hahaha . yang pastinya aku naik dengan suami aku bukan seorang diri. sorang-sorang cuak weyhh.. 

Dah puas mandi-manda dan menikmati pemandangan, kitorang ke next station pula.

SECOND POINT: PULAU BERAS BASAH






Aktiviti kat sini mandi-manda je. Sampai je kat sini terus hujan. Tapi aku mana kesah. hahah . Aku mandi je tepi pantai. Dah reda hujan baru bergambar. thank you husband sebab tangkap gambar cantik-cantik. Air kat sini sangat jernih. Ikan kat sini pun bermacam-macam warna. haha . Syok sangat tengok ikan sampai lupa nak tangkap gambar. 

Tak lama lepas bergambar, hujan turun agak lebat jugak. kitorang memang cepat-cepat nak balik. Tak sampai 1 jam pun kat sini . Terus pergi ke next checkpoint.

LAST POINT: EAGLE WATCH

kat sini korang boleh bagi makanan pada helang. So, korang boleh lihatlah macam mana helang sambar makanan yang korang bagi. jangan risau! korang baling makanan ke laut. tak perlu bagi pakai tangan korang sendiri . hihi .

Tapi masa ni hujan lebat so kitorang singgah sekejap sahaja. tengok burung bertebangan lepas tu balik. Sdih kan? hmmm . Bergambar pun tak sebab bot dah bergoyang-goyang. Serammmm .

Bagi aku, aku suka sangat dengan Island Hoping ni.  and InsyaAllah lain masa aku akan datang lagi. 



SKYTREX LANGKAWI

Assalamualaikum dan hye semua. Kali ni aku nak cerita percutian aku di Langkawi.
Salah satu sebab aku nak pi ke sini ofkos lah disebabkan Langkawi adalah DUNIA COKLAT.
Aku suka sangat-sangat dengan coklat ni. hehehe .



Dan memandangkan juga aku memang suka dengan aktiviti lasak. Honeymoon pun aku nak juga buat aktiviti lasak. Hahaha . Kesah ! Nasib baiklah aku dapat husband yang melayan kerenah aku. So, we decide to go SKYTREX Advanture Langkawi. 



Syarat penting SKYTREX 
  • Berat kurang dari 100kg
  • Ketinggian lebih 1.5m


Kalau dah lulus syarat, hangpa boleh lah try pi. Make sure yang minat aktiviti-aktiviti lasak taw.
Kalau hangpa tak suka, jangan pi. Hehehe... 
Kat sini dia ada 3 halangan yang berbeza iaitu Little Advanture, Eagle Thrill atau  Island Extreme.
Aku terangkan apa halangan dia beserta harga. 


Little Legend Adventure (beginner level)
- Untuk semua jenis umur termasuk kanak-kanak. (actually memang aktiviti ini untuk kanak-kanak)
- Ada 23 halangan (ketinggian 3 hingga 5 meter)
- Harga:
Online : Rm 45.00
Walking: Rm 50.00
Kalau anda peringkat dewasa, tak payah lah pi sini. Tak berbaloi. Sebab pendek sangat halangan dia dan
sangat mudah. 


Eagle Thrill (Tahap Sederhana)
- 29 cabaran (ketinggian 11 meter)
- Jarak trek melebihi 600 meter
- Harga: 
Online: Rm 55.00
Walking: Rm 60.00
- 8 flying fox, 5 cabaran mendatar, 5 cabaran memanjat dan 5 cabaran menurun. 
Bagi aku ni sangat mencabar sebab menguji kekuatan tangan . banyak memanjat berbanding flying fox.
Ramai complain Eagle Thrill halangannya lebih menguji fizikal. So tak enjoy sangat berbanding Island Extreme
more flying fox.  


Island Extreme
- 33 cabaran (ketinggian 15 meter)
- Jarak trek melebihi 700m
- Harga: 
Online: Rm65.00
Walking: Rm70.00


- 15 flying fox, 5 cabaran mendatar, 3 cabaran mendaki dan 3 cabaran menurun 
Aku ambil package ini setelah meneliti review-review yang ada. Haha. ni paling berbaloi dan banyak flying fox.
Part ni paling aku suka. Lepas tu kalau nak add-on pun boleh. Aku ambil gloves je sbb tanak lah tangan terluka.
Selalu pegang tali mesti ada je koyak tangan aku. Errrkkk.
Gloves: Rm10
Mineral water: Rm2
SKYDEAL (water + holder): Rm16
SUPER SKYDEAL (water + holder + gloves) : Rm20
Sijil: Rm5


Aku booking SKYTREX ni secara online . So, datang terus bagi nama. First sekali, dia bagi taklimat
tentang keselamatan, demonstasi dan cara pemakaian alat keselamatan. Kemudian, kami diberi peluang
percubaan beberapa halangan yang mudah . tujuan untuk kita biasakan dengan alat keselamatan. 
And one more thing, instruktor tidak akan tunggu kita di setiap checkpoit. So, kita kenalah handle sendiri.
Mesti ada yang cuak bila baca ni . hehehe. kalau korang ikut je arahan dorang, insyaAllah selamat.


Bagi aku part mencabar bila panjat kayu balak. Tinggi sangat sampai rasa nak give up . hahaha.
Sistur tak larat mugkin disebabkan berat badan yang bertambah? Eh. 

Kalau pergi by group lebih seronok mungkin. Gambar pun lebih banyak. Sebab aku pergi dengan laki aku, beg pulak dia yang bawak. Ermmm . memang gambar aku sikit and gmbar dia pun seketul dua macam tu je kut.





kat sini ala-ala skateboad. kalau skytrex yang lain ada yang basikal. berbeza-beza 
mula-mula memang pendek je .