Semoga tenang atukku, ABU ARIS BIN OSMAN

Tiba-tiba rindu,
Rindu yang terlampau,
Rindu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata,
Rindu yang tiada penghujungnya.

Masa aku masih bersekolah di SAMER, aku pernah bermimpi aku kehilangan orang yang aku sayang. Dalam mimpi tu, ada someone ketuk tingkap and jerit "kak long, ____ dah takde!"
Esoknya aku terus call family and tanya semua sihat ke? Dah semua pelik aku tanya soalan pelik-pelik. aku call ibu aku, ayah aku, nenek and atok. Macam mana aku ingat mimpi aku? Sebab mimpi tu always bermain dalam fikiran aku. like real giler !

Then, masa aku masuk semester 2 tahun pertama di UKM. Atuk, nenek, adik-adik aku semua ikut hantar aku. Happy sangat ! Padahal dekat je pun Rawang -> UKM. hihi . Rasa lebih bersemangat nak belajar. Masa ni jugaklah aku ajak semua tjalan-jalan sekeliling UKM. Tunjuk kat mana aku tunggu bas nak pergi fakulti. jauh mana fakulti aku. Lepastu, pujuk atuk aku bagi skuter baru dia kat aku. Hahaha. aku gurau jer masa ni. Atuk aku cakap motor lain boleh, tapi jangan skuter dia sebab dia sayang + motor baru kluar dari kilang. HEHE

Hari Khamis = 7/5/2015

Hati aku gelisah sangat. pelik ! terus aku call ibu aku and ayah aku.

"sihat tak?"
"ada sesiapa sakit?
"accident ke, ada?"

Kena marah jugak lah tanya soalan pelik-pelik, aku ada mid exam sabtu tu. Aku takut lah ibu and ayah aku rahsiakan semata-mata sebab aku exam. Punyalah tak puas hati aku call nenek aku. Masa ni atuk aku angkat. Aku memang fikir nenek aku je. Sebab dia ada sakit. Aku suruh atuk aku panggil nenek aku. Bukan nak tanya kabar atuk aku dulu . hmmmmm .. RASA MENYESAL TAK CAKAP LAMA DENGAN ATUK....


Hari Sabtu=10/5/2015

Hati aku masih gelisah yang teramat sangat. Minggu yang sepatutnya aku tak balik, aku balik . Habis exam terus aku ambil bas and train nak balik Kuang. Aku takut family aku simpan rahsia yang tak sepatutnya. Exam aku masa ni memang kelaut. Aku blur giler. Aku dok fikir kat rumah. Macam ada sesuatu yang berlaku....

Sampai rumah dah petang. Semua terkejut aku balik sebab aku memang taknak balik. Nak fokus exam kononnya. Malam ada sambut birthday sepupu aku. Semua ada. Aku perasan atuk aku pandang semua rumah anak-anak dia. Aku pandang je tapi tak fikir apa-apapun. Aku tak cakap dengan dia macam selalu. Aku salam dia lepastu terus nak makan. Aku tak tahu rupanya tu last aku salam dia....

Hari Ahad=11/5/2015

Dalam pukul 3 lebih ada orang ketuk tingkap. Sebijik yang pernah aku mimpi. Aku tanak bangun. Aku takut. Aku rasa ni mimpi jer. Sampailah ayah aku jerit kuat-kuat "KAK LONG BANGUN !! ATUK DAH TAKDE!"

Aku cubit adik aku yang tidur sebelah aku. dia jerit . bermakna aku bukan dalam mimpi. Terus aku kejutkan adik aku  and bukak pintu. Ayah and ibu dah pergi sana dulu but tak bawak kunci pintu, Sebab tu, ayah aku ketuk tingkap bilik.

Aku tak nangis. sebab aku masih mamai dan terkejut. Sampai rumah nenek, aku nampak atuk aku terbaring and semua orang kat situ menangis. sampailahh nenek aku cakap
"kak long, atuk dah takde". Aku terduduk and menangis.

Sampai sekarang aku masih rasa semua ini mimpi. 😭😭
Atuk, tenanglah di sana. Semoga atuk dapat nikmat kubur dan dijauhkan dari azab kubur.
Tempatkan lah ia di kalangan orang yang beriman.

Kak Long bergurau jer pasal skuter. Tak sangka atuk fikir pasal kak long. Terima kasih atuk. Skuter tu memang berjasa sepanjang kak long belajar di UKM. Kak long dah pujuk ayah untuk bagi atuk yang tengok kak long grad. Rupanya tak kesampaian. Kak long sayang and tindu atuk sangat-sangat.