Master Title VS Strata Title ?


ASSALAMUALAIKUM SEMUA. BERTEMU KITA KEMBALI. ECEWAH ! 

Aku and husband aku nak merancang masa depan kami dengan nak membeli rumah. Niat tu adalah tapi dari segi kewangan wallhualam. Heeee....  Disebabkan ilmu ZERO dan hanya mengGOOGLE sahaja, so aku decided terus pergi ke bank tanya face to face untuk dapatkan ilmu tersebut. Aku nak tahu jugak berapa amount yang kitorang lulus untuk buat loan. Dah tahu, baru dapat survey rumah pulak . ye idok ? 

Kalau GOOGLE sahaja memang tak cukup ye. Sebabnya kiraan DSR (Debt Service Ratio) setiap bank berbeza-beza. Formula yang aku dapat dari hasil mengGOOGLE.
DSR = (komitmen bulanan semasa + instalment rumah baru) / pendapatan bersih
Kalau ikut kiraan ni macam cantik lah ! boleh lulus kalau aku nak buat loan ni. Haha

BUT.... 

aku pergi ke Maybank terlebih dahulu.
First, dia tanya berapa gaji aku and husband aku. Then, dia tanya kitorang ada survey tak nak beli rumah apa? Kat mana? Aku cakap ada. Jenis apartment dan harga Rm160k. 


Soalan dia : rumah apartment tu Master Title or Strata Title?

Alamak ! soalan apakah ini? Hahahha. Swear aku tak prnah dengar pun apa benda title-title ni. So, aku buat research dalam masa yang sama aku tanya dia. Untuk rumah apartment, flat, kondo dan seumpama dengannya akan ada problem adakah tempat tersebut Master title atau Strata title. Yang tak bestnya, rumah yang aku nak beli tu dibawah Master Title. Kalau nak tahu apa yang tak bestnya tu sambung bacaan anda ye.

MASTER TITLE : 


Master Title ini dibawah geran besar/induk yang ada satu nama dan selalunya di bawah nama developer. Bermakna tanah yang digunakan untuk membina rumah belum dipecahkan ikut lot (pintu)

Setiap projek yang berada di bawah Master Title ni akan diconvert kepada strata atau individual title selepas siap. Tapi itulah, kosnya agak tinggi menyebabkan developer buat tak peduli ajeee. 


Kelemahan Master Title :

  •   Untuk rumah lebih 10 tahun, hampir ke semua bank tanak bagi loan. Kecuali, bank foreigner. Tapi paham-paham jelah ye. Nak buat pinjaman loan dengan dorang ni memang payah sikit.  Kalau one day, kau nak jual balik rumah ni memang problem besar sebabnya bank susah nak bagi loan. End up, kau yang susah sebab rumah tak terjual.

  • Bank juga akan tengok sama ada developer dah bankrupt atau belum. Kalau bankrupt, peguam korang kena cari liquidator untuk projek merumahan. Liquidator adalah pihak yang pegang semua dokumen pemaju yang muflis.

  •  Susah nak wasiatkan hartanah kepada pewaris. Ini yang tak syok sebab hartanah tu bukan atas nama korang. Masih under developer.

  • Andai kata, korang (pembeli C) dah beli rumah Master Title. Then, suatu hari developer nak tukar kepada Strata Title. Masalah ini paling menakutkan.

Pembeli A (beli direct dari developer)
 ↓
Pembeli B (beli dari pembeli A)
 
Pembeli C (beli dari pembeli B)


Korang dapat agak tak siapa yang dapat bila tukar kepada strata title ? Jawapannya adalah PEMBELI A. Kalau korang tak dapat contact pembeli A memang masalah besar akan berlaku. 


Ada banyak lagi kelemahan. Yang aku rasa penting jelah aku share. Hehe .


STRATA TITLE : 


Strata title adalah apabila terdapat beberapa rumah di atas tanah yang sama tetapi pemilikan berbeza dan selalunya untuk bangunan yang bertingkat yang mana setiap tingkat or pintu ada owner yang berlainan seperti kondominium, pangsapuri, apartment dan sebagainya. 


Jumpa di next entry. Nanti bosan pulak panjang sangat korang nak baca. Xp

Island Hoping di Langkawi

Assalamualaikum and hye semua. kali ini aku nak share mengenai aktiviti paling aku tak sabar iaitu Island Hoping. Bercuti di Langkawi ni kitorang booking sendiri without tour guide. So, untuk Island Hoping kitorang beli walk in. Harga dalam Rm35/seorang. Untuk pakej Island Hoping ni bagi aku agak murah. Sampai berkali-kali jugak lah aku tanya laki aku kita ni kene tipu ke? HAHA. Rupenye memang harga murah, tapiiii ada cas tersembunyi di satu tempat ini. Kena terus membaca untuk tahu lebih lanjut.



Memang ramai orang masa ni. and kitorang tengah tunggu nama dipanggil untuk naik ke bot. Kena ingat no bot tu taw. Sebab setiap perhentian pakcik bot aka tinggalkan kita ikut masa yang diorang dah tetapkan. 1 jam Tasik Dayang Bunting, 30 minit di tempat makan helang dan 1 jam di Pantai Basah.

FIRST POINT: TASIK DAYANG BUNTING




Bila dah sampai tu, kitorang kena tanggalkan jaket keselamatan di bot. So, boleh agak lah kat sana kena sewa jaket lain. Tapi, disebabkan aku ambil pakej yang dah siap berbayar jaket keselamatan ni, takdelah aku keluarkan duit lagi. Hehe.

Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting memang kena naik turun tangga, Penat jugak lah, dalam 10 minit kena berjalan. Dengan sekelilingnya banyak gila monyet yang menunggu masa nak sambar makanan korang. So, datang sini janganlah bawak makanan or plasti. Dia nampak je, memang terus sambar.

depa memang ada sediakan kolam untuk kanak-kanak. 

suruh orang putih tangkapkan gambar. senget benget gamba, ni pun aku dah adjust. hahaha


laki aku yang ambilkan gambar. dia tak perasan agaknya belakang aku tu. haha
Aktiviti kat sini korang boleh mandi-manda, berkayak, Boat Padle dan boat solar. Harga sistur memang tak ingat ye. sbb harga berbeza-beza. hehe . untuk mandi-manda tu kalau you alls pandai berenang tak payah lah pakai jaket keselamatan, but yang tak reti berenang macam aku ni kenalah pakai jaket keselamatan. Kedalaman dia lebih 10 meter weyh, jangan berani-berani yang tak reti berenang masuk begitu sahaja without jaket keselamatan. aku yang pakai jaket pun tercungap-cungap nak berenang. haha .

aktiviti yang aku cuba adalah berkayak . serius penat gila berkayak . lenguh tangan aku. hahaha . yang pastinya aku naik dengan suami aku bukan seorang diri. sorang-sorang cuak weyhh.. 

Dah puas mandi-manda dan menikmati pemandangan, kitorang ke next station pula.

SECOND POINT: PULAU BERAS BASAH






Aktiviti kat sini mandi-manda je. Sampai je kat sini terus hujan. Tapi aku mana kesah. hahah . Aku mandi je tepi pantai. Dah reda hujan baru bergambar. thank you husband sebab tangkap gambar cantik-cantik. Air kat sini sangat jernih. Ikan kat sini pun bermacam-macam warna. haha . Syok sangat tengok ikan sampai lupa nak tangkap gambar. 

Tak lama lepas bergambar, hujan turun agak lebat jugak. kitorang memang cepat-cepat nak balik. Tak sampai 1 jam pun kat sini . Terus pergi ke next checkpoint.

LAST POINT: EAGLE WATCH

kat sini korang boleh bagi makanan pada helang. So, korang boleh lihatlah macam mana helang sambar makanan yang korang bagi. jangan risau! korang baling makanan ke laut. tak perlu bagi pakai tangan korang sendiri . hihi .

Tapi masa ni hujan lebat so kitorang singgah sekejap sahaja. tengok burung bertebangan lepas tu balik. Sdih kan? hmmm . Bergambar pun tak sebab bot dah bergoyang-goyang. Serammmm .

Bagi aku, aku suka sangat dengan Island Hoping ni.  and InsyaAllah lain masa aku akan datang lagi. 



SKYTREX LANGKAWI

Assalamualaikum dan hye semua. Kali ni aku nak cerita percutian aku di Langkawi.
Salah satu sebab aku nak pi ke sini ofkos lah disebabkan Langkawi adalah DUNIA COKLAT.
Aku suka sangat-sangat dengan coklat ni. hehehe .



Dan memandangkan juga aku memang suka dengan aktiviti lasak. Honeymoon pun aku nak juga buat aktiviti lasak. Hahaha . Kesah ! Nasib baiklah aku dapat husband yang melayan kerenah aku. So, we decide to go SKYTREX Advanture Langkawi. 



Syarat penting SKYTREX 
  • Berat kurang dari 100kg
  • Ketinggian lebih 1.5m


Kalau dah lulus syarat, hangpa boleh lah try pi. Make sure yang minat aktiviti-aktiviti lasak taw.
Kalau hangpa tak suka, jangan pi. Hehehe... 
Kat sini dia ada 3 halangan yang berbeza iaitu Little Advanture, Eagle Thrill atau  Island Extreme.
Aku terangkan apa halangan dia beserta harga. 


Little Legend Adventure (beginner level)
- Untuk semua jenis umur termasuk kanak-kanak. (actually memang aktiviti ini untuk kanak-kanak)
- Ada 23 halangan (ketinggian 3 hingga 5 meter)
- Harga:
Online : Rm 45.00
Walking: Rm 50.00
Kalau anda peringkat dewasa, tak payah lah pi sini. Tak berbaloi. Sebab pendek sangat halangan dia dan
sangat mudah. 


Eagle Thrill (Tahap Sederhana)
- 29 cabaran (ketinggian 11 meter)
- Jarak trek melebihi 600 meter
- Harga: 
Online: Rm 55.00
Walking: Rm 60.00
- 8 flying fox, 5 cabaran mendatar, 5 cabaran memanjat dan 5 cabaran menurun. 
Bagi aku ni sangat mencabar sebab menguji kekuatan tangan . banyak memanjat berbanding flying fox.
Ramai complain Eagle Thrill halangannya lebih menguji fizikal. So tak enjoy sangat berbanding Island Extreme
more flying fox.  


Island Extreme
- 33 cabaran (ketinggian 15 meter)
- Jarak trek melebihi 700m
- Harga: 
Online: Rm65.00
Walking: Rm70.00


- 15 flying fox, 5 cabaran mendatar, 3 cabaran mendaki dan 3 cabaran menurun 
Aku ambil package ini setelah meneliti review-review yang ada. Haha. ni paling berbaloi dan banyak flying fox.
Part ni paling aku suka. Lepas tu kalau nak add-on pun boleh. Aku ambil gloves je sbb tanak lah tangan terluka.
Selalu pegang tali mesti ada je koyak tangan aku. Errrkkk.
Gloves: Rm10
Mineral water: Rm2
SKYDEAL (water + holder): Rm16
SUPER SKYDEAL (water + holder + gloves) : Rm20
Sijil: Rm5


Aku booking SKYTREX ni secara online . So, datang terus bagi nama. First sekali, dia bagi taklimat
tentang keselamatan, demonstasi dan cara pemakaian alat keselamatan. Kemudian, kami diberi peluang
percubaan beberapa halangan yang mudah . tujuan untuk kita biasakan dengan alat keselamatan. 
And one more thing, instruktor tidak akan tunggu kita di setiap checkpoit. So, kita kenalah handle sendiri.
Mesti ada yang cuak bila baca ni . hehehe. kalau korang ikut je arahan dorang, insyaAllah selamat.


Bagi aku part mencabar bila panjat kayu balak. Tinggi sangat sampai rasa nak give up . hahaha.
Sistur tak larat mugkin disebabkan berat badan yang bertambah? Eh. 

Kalau pergi by group lebih seronok mungkin. Gambar pun lebih banyak. Sebab aku pergi dengan laki aku, beg pulak dia yang bawak. Ermmm . memang gambar aku sikit and gmbar dia pun seketul dua macam tu je kut.





kat sini ala-ala skateboad. kalau skytrex yang lain ada yang basikal. berbeza-beza 
mula-mula memang pendek je . 




Persiapan kahwin

Assalamualaikum and hye semua .

Ramai dok tanya aku pasal persiapan kahwin. Alamak ! Aku kena selongkar balik buku nota aku. Hahaaha . Dari aku bawak buku nota, baik aku update entry khas untuk mereka yang nak kahwin. 

  1. KURSUS KAHWIN :

Ni sangat wajib . Kalau kau buat persiapan benda lain tapi tak buat ni. Bye-bye jelah ! Hahahaha . Fyi, dolu-dolu memang ada tarikh tamat tempoh but sejak 2006 sijil kursus kahwin ni SAH SEUMUR HIDUP. 

Tempat yang aku ambil : KURSUS KAHWIN GOMBAK 

  1. DOKUMEN :

Part ni bagi aku paling susah. Banyak benda nak kena buat. Nasib baik jugaklah aku ni kerja di rumah. Mudah sikit aku nak ke sana ke sini uruskan dokumen pernikahan ni.

Bagi aku memang agak leceh but sebab semangat nak kahwin tu ðŸ’ŠðŸŧbenda yang leceh pun rasa happy je nak buat ðŸ˜‚😂

Dokumen apa yang perlu ada ? 
Don’t worry ! Kat borang tu memang dah list apa yang diperlukan ðŸ˜‰ 

  1. Dewan / Rumah / Seumpamanya 

Kalau korang dah ada tarikh pergilah survey tempat yang korang nak buat majlis. Sebab ada yang dah booking setahun sebelum ☺️

Macam aku, aku pilih tempat yang :
  • senang nak parking
  • Aircond sebab aku nak semua orang selesa 
  • Dewan yang luas 

Agak pricey lah jugak harganya tapi bagi aku berbaloi . But ! Make sure ikutlah bajet korang juga ðŸĪ—

BELAH PEREMPUAN : DEWAN D’FINI COTTAGE (RM 5,000) 


Image may contain: indoor and food



BELAH LELAKI : DEWAN CINDAI , INSTITUT KRAF NEGARA (RM1,200)
  1. Pelamin, make up dan Baju 

Ni tersangatlah penting ! Bagi aku kalau salah pilih jahanam wedding ðŸ˜­. So , aku pilih orang yang dah biasa dengan aku. 

Butik pengantin sadie . Actually dari zaman mak aku kahwin , sampailah makcik-makcik aku dan sekarang aku . Servis tiptop , cun melecun ðŸ‘ðŸŧ. Apa aku bayangkan pelamin aku , dia sediakan lebih cantik dari bayangan aku ðŸ˜‚😂

Baju aku sewa tempat yang sama . Aku pilih design baru . Hehehe . Aku orang first pakai . Memang exactly warna yang aku nak . ðŸ˜






ni family aku buat sendiri. untuk majlis nikah. hehehe . 

MUA 

Aku pilih dari wedding planner juga . MUA aku boleh pilih . Dia bagi gambar and aku pilih . Of course aku pilih yang the booms ðŸ”Ĩ. Aku suka hasil dia . Cantikk ðŸ˜‰

Makeup Touch By Nanako


  1. Katering

Katering aku tak ingat nama dia . Maaf ðŸ™ðŸŧ. Tapi aku ada no depa sebab macam biasa dari zaman mak aku kahwin sampai apa-apa event pun kitorang pasti ambil dia . Makanan kampung dia superb best ! Konpem laku sebab sedap gila . 

Habis je majlis masing-masing kebulur . Hahahaah . Nasib baik aku dah siap2 pesan simpan lauk makan beradab untuk aku ðŸ˜‚😂. Teruk perangai . Hihi . Kalau tak naya weyh ! Konpem licin kalau aku tak bagitahu awal-awal ðŸ˜­

Nidzent Catering . gigih aku google . hehe



gigih aku search gambar wedding aku . haha


  1. Kad

Aku buat sendiri . Beli kertas yang coklat macam kulit buku . Lepas tu suruh kawan sendiri design. Print . Dah siap ðŸ˜‰. Sebab aku print banyak gila . Tu pun tak cukup ðŸ˜‚. So , kalau tempah rasa membazir . ðŸ˜…

Kalau belah lelaki kitorang tempah . Korang boleh cari dekat ig yang murah-murah . Sebab boleh dapat free banner , sticker , badge , penanda arah dan macam-macam . Harga dalam rm 300++ untuk 500 kad . 

  1. Door gift 

Aku dah cakap awal-awal NO MAKANAN ! Sebab aku lebih suka orang simpan barang aku . Hihi . Gigih taw i cari set sudu yang berkualiti . Banyak aku jumpa yang lembik je . So , apa yang aku cari ni agak mahal . Harga 1 set RM 2 lebih . Tapi aku mintak kurang dapat lah RM1.80 . 

Yang lebihan tu aku pakai untuk orang datang rumah aku .  Tak payah beli ðŸĪŠðŸ‘ðŸŧ



aku baru perasan photographer tk ambil gambar doorgift ni. mungkin disebabkan family aku tak susun lagi atas meja. 

  1. Sticker door gift

Aku design sendiri , lepas tu aku tempah . So harga murah laa sikit . Sebab tempah dengan kawan makcik aku . Murah . Heheh 

  1. Photographer

Part ni aku sangat cerewet ! Yang ni pun penting gila . Kau salah pilih , gambar burok . Padan muko ! Gambar nak simpan untuk anak cucu nanti . Tapi kalau gambar buruk , bye-bye jelah ye .. 

Disebabkan aku punya pelamin background hitam , so aku cari photographer yang gambar agak cerah . Then , terjumpa satu ig ni 

COMPAX PHOTOGRAPHY . Deal untuk nikah dan sanding (hari berbeza) dengan harga RM 1,700 . Bagi aku okay sangat . Gambar dia  memang puas hati ❤️

  1. cincin / gelang / mas kahwin / hantaran

Sis terlupa about this . Aku pilih gelang sebab cincin pihak lelaki dah bagi dua , untuk merisik dan bertunang . Untuk mas kahwin korang boleh check di GOOGLE sebab ikut negeri masing-masing . Macam aku , Selangor RM 300 . 

Hantaran masa dah bertunang tu memang dah beli . Sebulan 1 barang . Hehehe . So dah nak dekat tarikh tayah pikir . Pikir gubah je . So , jangan tanya aku total habis kat sini berapa . Sistur tak kira . Ada duit , ku beli ðŸ˜…

Makcik aku yang gubahkan . Gubahan dia nice ðŸ‘ðŸŧ. Aku suka . Simple and tak sarat . 

 Barang hantaran:
ZUHAIRIE (kepada pihak perempuan)

telekung
perfume
handbag 
Iphone & DSLR
sejadah. Al-Quran & tasbih digital
sepersalinan

gelang & mas kahwin. tapi gelang dah pakai masa ni.



ZAKIRAH (kepada pihak lelaki)

Al-Quran
Iphone & game controller
wallet & belt
perfume
sejadah

cincin
kasut
sepersalinan

  1. inai 

Belah aku , kawan aku dari pahang sanggup datang untuk lukis . Maceh cik (kecik) datang dari jauh! Bukan aku je dia lukiskan . Makcik-makcik aku , adik-adik aku , sepupu ðŸ˜‚😂. Kesian kawan aku ni . 

Belah laki aku pun best juga cerita dia . Esok nak bersanding , baru teringat inai tak buat lagi . Hahahah . Teruk gila ! Terus shoot pi KOTA DAME cari orang yang memang lukis inai . Indian yang lukiskan . Aku bagi gambar tapi dia ubah sikit-sikit . Okay lah , RM 25 sebelah tangan . So total RM 50 . Okay laah dari beratus ðŸ˜‚


ni yang kawan aku lukiskan
ni yang aku buat di KOTA DAME